1. Fokus sebelum mempelbagaikan cabang perniagaan.
Usahawan perlu fokus kepada sesuatu perniagaan sehingga stabil dan kukuh sebelum mempelbagaikan perniagaan.
2. Perniagaan perlukan masa dan usaha.
Usahawan muda jangan terlalu cepat ingin Berjaya.Setiap usaha memerlukan fasa kesusahan, cabaran dan sebagainya.
3. jangan mudah berputus asa.
Setiap perniagaan sama ada kecil atau besar akan ada masalah, cabaran dan kerenah yang tersendiri. oleh itu usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan mengalah pada pada cabaran.
4. Jangan sering mengharap untuk dibantu.
- Para usahawan tidak boleh sekadar berharap untuk dibantu, tetapi perlu bersedia daripada segi fizikal dan mental sebelum sebelum menceburi bidang keusahawanan.
5. Yakin dengan kemampuan dan kelebihan diri sendiri.
- Usahawan perlu yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan.Ramai usahawan Bumiputera tidak berjaya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi tidak yakin dengan kemampuan sendiri.
6. Berniaga bukan untuk siri sendiri.
- Usahawan perlu kembali menyumbang kepada masyarakat. Jangan menjual perniagaan kepada orang lain kerana perlu memikirkan tentang nasib para pekerja yang selama ini bergantung rezeki dengan perniagaan yang diusahakan.
7. Usahawan Islam ada akhirat.
- Setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan islam dan perlu memikirkan tentang manfaat di dunia dan akhirat.